PC Konsert Malam Sinar MaulidurRasul 1431H
Posted by artzli | Filed under event
Salam..
Bagai sudah menjadi acara tahunan bagi Rabbani Production dalam penganjuran Konsert Malam Sinar MaulidurRasul 1431H yang dibawakan khas dari TM untuk tahun ketiganya ini. Diberi kepercayaan sepenuhnya dari pihak Rabbani ~ Nasyeed.Com selaku event manager bagi konsert tersebut akan berusaha sebaiknya dalam menjayakan acara tahunan ini yang dah menjadi kebiasaan bagi penggemar irama nasyid tanahair. Baru-baru ini bertempat di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur satu majlis Sidang Media telah diadakan bagi mewar warkan konsert tersebut. (dah penat nak ckp ayat skema) so kat bwh ni aku postkan gambar2 hasil tembakan di Sidang Media tersebut ..
~ x sangka ramai yang call n msg ckp aku terselit dlm rancangan Galaksi tv9 tgh duk tekun shoot gambar kat sini hehe…
http://artzlistudio.nasyeed.my
Tags: anwaribrahim, girls, harakah, jamal abdillah, joe flizzow, liwat, rabbani, sharifah aini, yasin
Is This For Real?…
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.
Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”
“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.
“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”
Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.”
State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5567822&sec=nation
Apakejadahnya semua ni?…expression of true love for their boyfriends?
Buat pertama kalinya aku rasa sdg duduk di Bandaraya yg bakal dilaknat dlm masa beberapa minggu je lagi…

kambeng pun tau segan la bhai..(nada Adnan Sempit)..
Update
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Update skit..a few weeks ago..
Buat sekian kalinya aku menjadi peneman setia kepada wanita² dalam hidup aku buat pemeriksaan di klinik desa bagi ibu² mengandung…kalau dulu 2 org adik aku yg last pun aku temankan mak aku..lani turn isteri plak la kan..dan seperti biasa akulah satu² male kat situ…dan soalan yang aku dah boleh agak dari makcik² kat situ ialah..”anak sulong ye..?”..haha..awat makcik?..dah terkena ka?..huhu..insyaAllah kalau ada rezeqi lagi lepas ni aku akan terus teman..teman dan teman..kerana RTM adalah Teman Setia Anda… ![]()
Notakaki utk aku yg ada masalah ingatan:
* 10 Feb 2010 ~ Pi scan..

Man U vs Burnley 3-0 .. :)
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Yup..betul tu..3-0!.. Congratz to the lads..good job guys..beautiful game last nite..budak baru Biram Diouf pun sempat score sejibik di hari debutnya..tak sia2 aku tido lewat sambil ditemani isteri dikasihi melayan game sambil pekena nasi lemak..hehe..
Walaupun seminggu dua ni kita dikejutkan dengan berita kesengalan family Glazer yang megambil alih MU sekitar 2003 dulu mula menjadi bahana dengan hutang² mencecah 700juta pound! Damn! Hutang peribadi Glazer entah berapa juta agaknya…patutla hasil penjualan Wonder Boy Man U a.k.a Cristiano Ronaldo dos Santos de Aveiro sebanyak 80 juta pound dulu Uncle Alex wat dunno je…atau adakah Wayne Rooney pula akan menjadi mangsa seterusnya untuk dijual ke Barcelona @ Real Madrid…damn!
Tapi takpelah as long as we keep winning de league seperti biasa sudey.. dan Ryan Giggs terus di offer new contract..cayalah!
Dan berita yang best di tanahair Selangor ni ialah ~ Selangor vs KL Plus..1-0, yeah setelah menewaskan Negeri Sembilan dan KL..Selangor terus mendabik dada sebagai taiko bolasepak tanahair..cayalah! hehe
Pic di bwh xde kena mengena dgn apa yang yg aku cerita td melainkan dr gambar wife aku duk posing kat Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam…
http://artzlistudio.nasyeed.my
Bicara Hijrah
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Hijrah…memori namamu
Mengimbau…lembaran sinar agung
Junjungan Rasulullah
Nabi Muhammad tercinta
Hijrah…membuka minda kita
Terarah…menuju wawasan
Membangun umat agar
Hidup mulia
Hijrah…kukuhkan bersaudara
Membahu..susah senang bersama
Tiada beza rupa
Walaupun di mana
Hayatilah..hijrah
Setenang jiwa yang bahagia
Menatang erti hijrah Nabi
Hidupkanlah…hijrah
Bak bersinar mentari pagi
Melakar indah kasih nan murni
Hijrah…jadikan pengajaran
Membina..gagasan yang utama
Tamadun kita juga akhlak yang mulia
Hijrah…menjana hidup baru
Di alaf..dunia tak bertepi
Panduan kita dari sirah sunnahnya
Berhijrahlah…berhijrahlah..berhijrahlah…kita..
Rabbani 2009 ~
Kirim Salam
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Cerita pasal kirim salam teringat cerita zaman dolu²..saja nak bukak citer bunga yg x berapa nak bunga sgt la ..hehe..
Dulu masa aku sekolah rendah aku selalu jadi posmen buat kwn² aku yang terlebih advance masa tu. Kecik² dah pandai nak bercinta atau dalam bahasa mudahnya ‘menggatal’…aku pun pelik gak kalo pikir balik apekah nikmatnya diorg tu nak bercinta di kala umur setahun jagung pegi skolah duit belanja pun abah bg 50sen bleh ada hati nak tackle anak dara org..
Masa zaman aku dulu² tu kalau sapa kirim salam kat mana² budak pempuan yang masih berhingus ijau kain senteng pastu suka buat muka ala² kiut miut tu..pastu bdk pempuan tu pun balas balik kiriman salam dia tu dah kira kapel la tuu..hahaha…biasanya lepas tu adalah siri² surat cinta berantai “pecah kaca pecah gelas” yg ditulis atas sehelai kertas yang baru dirabakkan dari buku nota matematik time cikgu ngajar kat depan…kdg² siap tabur bedak lagi…ntah bedak apa aku tak taulah pulak…
Tapi satu part yang aku suka pasal situasi tu ialah bila aku selalu dijadikan posmen @ despatch pd budak² yg tak akil baligh dan belum kenal apa itu erti ‘period’..biasanya utk satu surat yg aku hantar aku cas 70 hingga 80 posen..dan kalo kirim salam lak biasanya 30 hingga 50sen ar..lepas la aku nak berbelanja mewah di kantin time waktu rehat tahun 1994 dulu…siap boleh belanja makan kwn² aku lagi waktu tu..hahaha
“bali, tolong kim salam kat tuuttt(nama client dirahsiakan)..”eh, takkan kim salam je..igt free ke..?”..dan bermula lah bisnes aku yg berkembang maju waktu tu melebihi income FEDEX.
Sepanjang aku sekolah rendah nasib baik aku tak pernah terjangkit ngan penyakit² gatal camtu…bkn xde yg try..(ayat perasan), tapi bila ada yang kim salam kat aku je terus aku jwb “bapak ko!” terus terkebil² minah yang jadi posmen tu..hahaha (tapi sebenarnya sbb bdk tu x cun kot..wakakaka)..
Sebenarnya saja je aku post citer ni sbb pasal aku tgk level bdk² sekolah rendah skang ni pun dah pandai abiskan kredit mak bapak buat main sms ngan pakwe masing²…daripada korg main sms tu baik kumpul duit buat beli buku sekolah kan ke lagi berpekdahnya dik oi..
* Sebenornye ada lagi citer nih..nanti aku sambung lain kali..huhu
Musleh 09
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Perkhemahan International [Print 2009] ~ Gabungan Kadet Remaja Sekolah Islam Asean di The Wood Ulu Yam.
http://artzlistudio.nasyeed.my
Karnival Iktiraf 09
Posted by artzli | Filed under event
Minggu lepas merupakan antara minggu² sibuk bagi team Nasyeed.Com, antara event² besar yang melibatkan team NC ialah program ceramah bersama Dr.Yusof al-Qaradawi dan pemimpin² pakatan Rakyat di Masjid Shah Alam dan juga event yang melibatkan perasmian penutup oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak di UiTM Shah Alam. Dan sebentar tadi je baru setel pergi shoot di Ulu Yam program majlis perasmian perhimpunan kadet remaja sekolah oleh YB Dr Puad Zarkashi, timbalan menteri pelajaran.
Sementara menanti nak upload pic² dr En.Nikon ni..aku kongsikan skit antara tembakan² aku di program Karnival Iktiraf bersama PM.
http://artzlistudio.nasyeed.my
Walimah Yuz & Sue
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Semalam sempat menghadiri walimah seorang sedara mara sebelah isteri, so adalah snap brg sedas dua utk tatapan bersama.
My Precious.. :)
Posted by artzli | Filed under Uncategorized


















































