Hari Ilmu 2010
Posted by artzli | Filed under event, family
Sekitar Event Hari Ilmu .

Logo Hari Ilmu design by me ![]()

Pn.Mastura di interview press












Kehadiran mencecah 15,000 org sekaligus dicatat dalam M’sia Book Records!
Hepi Abah’s Day!
Posted by artzli | Filed under art, family, inside, kenangan, konvo, photo editing
Salam..
Selamat Hari Abah, Ayah, Papa, Abi dan macam2 panggilan lagi utk semua Bapa di dunia ni, namun khususnya buat abah saya Masiri B. Suker dan bapa mertua saya Isa B. Hanif. ![]()
Sejak kecik x pernah sambut hari bapa ni..abah pun wat rileks2 jek..tapi biasanya kitorg adik beradik tetap wish gak kat abah. Isteri saya kata wajah saya ikut air muka abah saya..mungkin sebab tu kut kami jarang sependapat walau hakikatnya saya syg kat abah saya. Masa kecik2 dulu selalu kena rotan ngan abah, kadang2 benda kecik je pun abah dah marah bagai nak rak..kadang2 sampai biru badan kena belasah ngan rotan, dulu saya selalu bengang dan pelik nape abah macam selalu nak cari kesalahan saya…sampai ada satu masa arwah nenek yang datang bertandang kat umah pernah buang rotan yg abah guna tu sebab kesian kat saya.
Tapi bila fikir2 balik mmg saya patut pun kena camtu, abah asal org kg..cara dia dibesarkan untuk ajar anak2 mungkin dah begitu, lagipun sapa suruh masa tu saya nakal dan suka berkawan ngan budak2 nakal..sapa suruh pi mencuri kat kedai runcit depan rumah, curi buah kat kebun org, buat sepah kat surau pasal nak carik cicak wat umpan mancing, buli kawan2 perempuan adik saya dgn ajak diorg main action ala karate kid 2, inject ayam jiran ngan getah buah pelam, habiskan duit raya kat kedai game pekan Klang..byk lagilah sampai segan nak tulis kat sini..hehe..
Satu je ayat dari mak yang sampai ari ni buat saya terkesan sgt bila ingat apa yang saya dah buat..”Cubalah kau faham perasaaan abah kau Li..”..dan tiap kali hari raya saya peluk abah mesti saya tgk airmata abah jatuh menitis dan sbb tulah saya tau abah sayang sangat kat saya. Cahayamata pertama dia , anak sulong dia yang dia harapkan bagi contoh yang baik buat anak2 dia yang lain.
Terima kasih atas jasa abah memberi pendidikan dan pengajaran dari saya sebesar tapak tangan hingga saya keluar Universiti dan sehingga hari ini tak putus2 memberi sokongan kat anak2 dia. InsyaAllah kurang 60 hari lagi saya pula bakal menjadi ayah, dan saya harap dapat menjadi seorang bapa yang baik seperti abah… ![]()
InsyaAllah…
Tags: abah, ayah, happy fathers day, selamat hari bapa
Hari Ilmu
Posted by artzli | Filed under art, event, family
Salam..
Jemput kawan2 semua jom meriahkan program hari ilmu yang akan diadakan di tasik shah alam 26 Jun ni. Kita piknik sambil membaca beramai-ramai tepi tasik. Khemah akan disediakan dapat topi ngan makanan free masa hari tu nanti. Kita nak wat event ni masuk Malaysia Book Of Records. Ada banyak aktiviti menarik gak nanti kat tasik tu. Jomlah ramai2 dtg tasik shah alam 26 Jun ni…sapa mai sana nanti aku shoot gamba korg ngan family/bf/gf tu n siap editkan lagi nanti k. Khas untuk korg! Yang penting korg semua datang k! Jumpa di sana!
Tags: buku, event, kartun, membaca, sultan
update ~ Raihanah (♥ _♥ ) Ridzuan
Posted by artzli | Filed under art, event, family, kenangan, photo editing, wedding pictures
selepas sibuk dgn design2 proposal yg telah diserahkan baton nya utk diteruskan oleh sahabatku dan dah ada yg tanya ~ haruslah ku upload..hik hik..
*next~ sedang dalam pembikinan layout utk album kak Aisyah Janji Manismu.
http://artzlistudio.nasyeed.my
artzlistudio@gmail.com | azly@nasyeed.com
Assalamualaikum… :)
Posted by artzli | Filed under family
Assalamualaikum…sayang..
Kelmarin akhirnya dapat jugak ayah tgk kamu, buat pertama kalinya kan..
, alhamdulillah kamu xde apa-apa.. Ibu kamu jatuh pagi tu..terduduk plak dia tepi katil…dia memang macam tu, lagi2 bila tengok ayah letih sgt dia kalau boleh nak turn off alarm phone tu jgn bg ayah bangun…alhamdulillah lepas jumpa doktor everything was fine..n alhamdulillah kesempatan yang sekejap tu dapat jugak ayah jumpa kamu setelah 3 bulan ayah tunggu.. ![]()
Take care there k…insyaAllah jumpa lagi kita nanti ..
Artzli Studio | NC Creative Ville
http://artzlistudio.nasyeed.my

















