Salam Aidilfitri
Posted by artzli | Filed under art, event, kenangan, photo editing
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengujung blog ini, terutama kepada kawan-kawan dan pengunjung yang memberi respon kepada posting2 saya di sini..Kullu Am Wa Antum Bikhair..
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu erti untuk kita semua.
Tags: Aidilfitri, Kad Raya
Hepi Abah’s Day!
Posted by artzli | Filed under art, family, inside, kenangan, konvo, photo editing
Salam..
Selamat Hari Abah, Ayah, Papa, Abi dan macam2 panggilan lagi utk semua Bapa di dunia ni, namun khususnya buat abah saya Masiri B. Suker dan bapa mertua saya Isa B. Hanif. ![]()
Sejak kecik x pernah sambut hari bapa ni..abah pun wat rileks2 jek..tapi biasanya kitorg adik beradik tetap wish gak kat abah. Isteri saya kata wajah saya ikut air muka abah saya..mungkin sebab tu kut kami jarang sependapat walau hakikatnya saya syg kat abah saya. Masa kecik2 dulu selalu kena rotan ngan abah, kadang2 benda kecik je pun abah dah marah bagai nak rak..kadang2 sampai biru badan kena belasah ngan rotan, dulu saya selalu bengang dan pelik nape abah macam selalu nak cari kesalahan saya…sampai ada satu masa arwah nenek yang datang bertandang kat umah pernah buang rotan yg abah guna tu sebab kesian kat saya.
Tapi bila fikir2 balik mmg saya patut pun kena camtu, abah asal org kg..cara dia dibesarkan untuk ajar anak2 mungkin dah begitu, lagipun sapa suruh masa tu saya nakal dan suka berkawan ngan budak2 nakal..sapa suruh pi mencuri kat kedai runcit depan rumah, curi buah kat kebun org, buat sepah kat surau pasal nak carik cicak wat umpan mancing, buli kawan2 perempuan adik saya dgn ajak diorg main action ala karate kid 2, inject ayam jiran ngan getah buah pelam, habiskan duit raya kat kedai game pekan Klang..byk lagilah sampai segan nak tulis kat sini..hehe..
Satu je ayat dari mak yang sampai ari ni buat saya terkesan sgt bila ingat apa yang saya dah buat..”Cubalah kau faham perasaaan abah kau Li..”..dan tiap kali hari raya saya peluk abah mesti saya tgk airmata abah jatuh menitis dan sbb tulah saya tau abah sayang sangat kat saya. Cahayamata pertama dia , anak sulong dia yang dia harapkan bagi contoh yang baik buat anak2 dia yang lain.
Terima kasih atas jasa abah memberi pendidikan dan pengajaran dari saya sebesar tapak tangan hingga saya keluar Universiti dan sehingga hari ini tak putus2 memberi sokongan kat anak2 dia. InsyaAllah kurang 60 hari lagi saya pula bakal menjadi ayah, dan saya harap dapat menjadi seorang bapa yang baik seperti abah… ![]()
InsyaAllah…
Tags: abah, ayah, happy fathers day, selamat hari bapa
update ~ Raihanah (♥ _♥ ) Ridzuan
Posted by artzli | Filed under art, event, family, kenangan, photo editing, wedding pictures
selepas sibuk dgn design2 proposal yg telah diserahkan baton nya utk diteruskan oleh sahabatku dan dah ada yg tanya ~ haruslah ku upload..hik hik..
*next~ sedang dalam pembikinan layout utk album kak Aisyah Janji Manismu.
http://artzlistudio.nasyeed.my
artzlistudio@gmail.com | azly@nasyeed.com
Gudbye Teruna dan Dara.. :p
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Heh..lama x update blog ni..biasa ar cuti2 Malaysia..huhu..
Alhamdulillah…thanx pada semua yang meraikan walimah aku tempoh hari, terutama buat sahabat2 dari Nasyeed.Com, sedara mara, kawan2 SMK Telok Gadong, UiTMers, kawan2 dari Balai Seni Lukis dan sapa2 yang x tersebut tu terima kasih banyak2 kerana turut hadir..terharu aku..dah gaya cam reunion lak aku tgk satu line panjang table tu penuh ngan kwn2 sekolah dulu..hehe..special thanx jugak pada Mr & Mrs Photog dari 1st Verse (Musab & Shana) atas kesabaran korg menembak wajah aku dan isteri yang sgt fotogedik ini..haha..dan tak lupa artis2 nasyid yang wat persembahan hari tu..abg2 Amrain, Wildan dan sahabat2 dari Moonshade..
Tarikh 31 Oktober aku selamat bergelar seorang suami
, tarikh tu juga merupakan hari lahir aku yang ke-25, dan yang lagi ironinya tu waktu aku bernikah juga lebih kurang waktu yang sama aku lahir iaitu kira2 jam 12 tghari…
Maka bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup aku lepas ni… Gudbye Teruna dan Dara!
* Jadinya aku postkan antara sorotan gambaq2 hasil karya 1st Verse bwat tatapan kwn2 yang x dapat mai walimah aku..

Dhia datang..dgn lenggang lenggoknyee..
Jom Nikah!
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Pejam celik rupanya tinggal lagi a few weeks je untuk aku meninggalkan zon bujang aku nih..owh men!! hehe…
Aku postkan design kad kahwin aku dan Gadisku ni..insyaAllah kalau tiada aral melintang pukang kad akan menyusul ke telapak tangan sahabat2 semua dalam minggu ni membawa ke minggu2 berikutnya..
Tags: wedding
Retreat..
Posted by artzli | Filed under kenangan
Baru2 ni berkesempatan ke Johor untuk hantar adik aku balik ke kolej jururawat dia kat Bandar Penawar, Johor tu. Jauhnye mmg stress gaklah drive nak sampai sana. Lama dah si che Am tu sambung study kat sana cuma baru kali ni aku ada chance nak ke sana..itupun sebab niat asalnya nak pergi beraya ke rumah pakcik aku kat Kluang.
Sampai je di Bandar Penawar terus terlintas nak singgah sat ke pantai Desaru yang famous tu..tapi dibantah sekeras2nya oleh abah yang kata tempat tu mmg tak best langsung..hehe..serik dah dia nak singgah situ. Kolej kediaman che Am terletak sangat berdekatan dgn Pantai Desaru tu..dia pun dah tak heran nak pegi tempat tu katanya..then kami ubah haluan menuju ke satu lagi lokasi lebih kurang 10km dari situ iaitu Pantai Tg.Balau. 1st impression aku mmg best tempat tu..nice!..pantai dan air pun jauh lebih cun dari pantai P.Dickson yang berkaler teh tarik kurang manis tu..hehe…namun hati ada sikit rasa sedih sbb aku tak bajet pun akan singgah ke destinasi camtu so aku pun tak standby la any shirt lebih utk aku terjun mencecah laut biru yang terbentang di depan mata..huhu…nak buat camner sejak dari kecil bagi aku antara tempat yang sgt peace ialah pantai…atau cakap jawanya beach!..hehe..aku ingat lagi dulu masa zaman aku sekolah rendah mesti aku merajuk abis kalau tiap kali balik kg kat kuala s’ngor tu abah tak singgah pantai remis kat situ..(15 tahun dulu sgt tak sama dgn pantai remis sekarang)..
..walaupun banyak pantai skang yang dah tercemar dgn mcm2 benda..dari tumpahan minyak, masalah sampah dan hakisan tanah…but still bagi aku thats the best place utk aku. Lagi2 bila dpt tgk lots of kebesaran ciptaan Allah yang ada dari pantai hingga ke tengah laut tu. Dari fenomena pasang surut air laut sehinggalah ke pertukaran masa dari siang ke malam yang menyaksikan satu dunia bersetuju dengan keindahan ‘permata senja’…
Lepas hantar che Am balik kolej, kami terus menghala pulang ke S’ngor dengan niat nak terus ke rumah Paklang yang buat open house malam tu, tapi bila dah dekat nak masuk ayer keroh tiba2 aku terigt janji2 dengan mak aku nak bawak dia jalan2 kat Melaka..terus je aku bagi signal keluar highway masuk ke Melaka…
Destinasi yang sempat kami tuju mula2 ialah ke Zoo Melaka, seingat aku kali terakhir family kitorg pegi zoo pun masa aku ngan Alin baru je 2 beradik (ending 5 org skang
) itupun aku tak igt zoo mana..hehe.. Lepas tu perjalanan diteruskan ke bandar Melaka, sambil niat nak turun jugak membeli belah tapi mengenangkan janji dan masa yang dah suntuk kami cuma sempat pusing2 satu bandar melaka tgk2 tempat tumpuan tourist sambil aku berlagak seolah2 pemandu pelancong yang sedang menerangkan kepada penumpang bas pelancongan aku mengenai tempat2 yang kitorg singgah tu..chait!..haha..
Almost 10.30p.m baru sampai umah Paklang, and most of lauk pun dah abis…sampai Paklang kena kuar beli tomyam untuk aku sbb masak lomak cili api yang maklang aku janjikan buat utk aku tu dah abis..huhu..
Tags: family
Ramadhan Al Mubarak..
Posted by artzli | Filed under kenangan
Alhamdulillah…pejam celik² kita dah pun masuk ke hari yg ke-5 dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan buat tahun ni. Ramadhan kali ini pastinya akan meninggalkan kenangan buat aku..InsyaAllah ini mungkin Ramadhan terakhirku sebagai seorg yang bergelar lelaki bujang.. ![]()
Tadi baru je borak² dengan seorg sahabat lama yang cukup kenal hati budi aku..lama kitorg borak…terigt balik kenangan² masa puasa kitorg dulu²..hehe..even aku igt lagi 1st kad raya yang aku send in de end Ramadhan 2000 kat Diya dulu pun through my best friend nih…dialah posmen dan menteri penerangan aku masa tu..thanx bro!
Rasanya masih belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat, semoga tabah dalam menunaikan ibadah rukun Islam yang 4 ni ye.. yang terasa nak menyambut raya tahun ni..make sure puasa kasi penuh dulu k…
* Artzli & Diya Akiera
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Sesi fotoshot pre wedding kami…
I know this girl since 9 years ago…dari seorang awek tomboy yang aku kenal dulu + rambut karat yang aku tak berapa berkenan dulu tu..hehe.. sampaila Diya yang aku kenal sekarang ni…finally we feel its time for another phase dalam our relationship. InsyaAllah a few month the day will come. Setakat ni preparation dah mula berjalan..family discussing pun dah bermula… pakaian fitting pun dah buat… dan insyaAllah beberapa lagi perkara akan menyusul untuk diselesaikan…
For now aku share sikitla antara pre wedding foto kami…
(to kmass..u dah boleh copy paste dis pic to ur blog ) ..hehe
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: couple, family, gambar kahwin, kenangan, wedding
* Majlis Bertandang | Saiful & Farhana *
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Salam,..agak sibuk kebelakangan ni dengan urusan perancangan majlis walimah sendiri sampai tak sempat² nak ambil masa buat editing untuk upload pic² saudara Saiful & pasangannye yang sporting ni..
..
A week before wedding Bro Saiful call dan mintak aku jadi O.P dia..kebetulan pula dia buat sekali majlis ni sekali dengan adik dia n her wife yang merupakan junior aku masa kat sekolah dulu (heh sapa cakap cinta monyet zaman skolah² dulu x boleh kekal sampai ke jinjang pelamin..
)..
Majlis ni juga telah mempertemukan NC Creative Ville dengan our gud frens from 1st Verse yang merupakan O.V pada hari kejadian…thanx to Bro Musab n Shana yang sgt best! i owe u guys!..
..







MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Selamat Hari Abah!
Posted by artzli | Filed under kenangan
Hari Bapa datang lagi…bagi aku sama pentingnya hari Abah ni dgn hari Mak..sbb kalau xde dua makhluk yang diciptakan Allah ni maka takkan wujud juga aku kat dunia ni. Sebagai anak sulong dalam family banyak kenangan aku dengan abah, dari kecik sampai la ni…dari zaman biru² badan kena sebat ngan rotan kengkadang hanger baju sebab zaman kecik² dulu kedegilan dan kenakalan aku yang tahap mega maksima tapi low profile tu tetap dapat di detect oleh abah..
. Masa zaman tu mmg aku tak faham kenapa la abah nak wrestling aku sebegitu rupa tapi bila dah besar ni ingat balik waktu² tu rasanya mmg patutlah kalau abah ikat aku kat pokok cermai belakang umah..hehe..
Kalau nak dikenangkan jasa dan pengorbanan abah dalam membesarkan aku mmg tak terbalas.. Harapan aku moga Allah panjangkan umur abah dan diberi kesempatan untuk aku balas semua pengorbanan dan impian dia selama ni..

Salah satu design aku yang pernah dimuatkan dalam online magazine – Sifoo.com
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: family











































