Hepi Abah’s Day!
Posted by artzli | Filed under art, family, inside, kenangan, konvo, photo editing
Salam..
Selamat Hari Abah, Ayah, Papa, Abi dan macam2 panggilan lagi utk semua Bapa di dunia ni, namun khususnya buat abah saya Masiri B. Suker dan bapa mertua saya Isa B. Hanif. ![]()
Sejak kecik x pernah sambut hari bapa ni..abah pun wat rileks2 jek..tapi biasanya kitorg adik beradik tetap wish gak kat abah. Isteri saya kata wajah saya ikut air muka abah saya..mungkin sebab tu kut kami jarang sependapat walau hakikatnya saya syg kat abah saya. Masa kecik2 dulu selalu kena rotan ngan abah, kadang2 benda kecik je pun abah dah marah bagai nak rak..kadang2 sampai biru badan kena belasah ngan rotan, dulu saya selalu bengang dan pelik nape abah macam selalu nak cari kesalahan saya…sampai ada satu masa arwah nenek yang datang bertandang kat umah pernah buang rotan yg abah guna tu sebab kesian kat saya.
Tapi bila fikir2 balik mmg saya patut pun kena camtu, abah asal org kg..cara dia dibesarkan untuk ajar anak2 mungkin dah begitu, lagipun sapa suruh masa tu saya nakal dan suka berkawan ngan budak2 nakal..sapa suruh pi mencuri kat kedai runcit depan rumah, curi buah kat kebun org, buat sepah kat surau pasal nak carik cicak wat umpan mancing, buli kawan2 perempuan adik saya dgn ajak diorg main action ala karate kid 2, inject ayam jiran ngan getah buah pelam, habiskan duit raya kat kedai game pekan Klang..byk lagilah sampai segan nak tulis kat sini..hehe..
Satu je ayat dari mak yang sampai ari ni buat saya terkesan sgt bila ingat apa yang saya dah buat..”Cubalah kau faham perasaaan abah kau Li..”..dan tiap kali hari raya saya peluk abah mesti saya tgk airmata abah jatuh menitis dan sbb tulah saya tau abah sayang sangat kat saya. Cahayamata pertama dia , anak sulong dia yang dia harapkan bagi contoh yang baik buat anak2 dia yang lain.
Terima kasih atas jasa abah memberi pendidikan dan pengajaran dari saya sebesar tapak tangan hingga saya keluar Universiti dan sehingga hari ini tak putus2 memberi sokongan kat anak2 dia. InsyaAllah kurang 60 hari lagi saya pula bakal menjadi ayah, dan saya harap dapat menjadi seorang bapa yang baik seperti abah… ![]()
InsyaAllah…
Tags: abah, ayah, happy fathers day, selamat hari bapa
Konvo lagi…
Posted by artzli | Filed under konvo
Selepas staff NCCVille iaitu Syeera berkonvo bulan lepas..this time turn our Project Coordinator iaitu Are-da plak sambut her big day pada 2 jun lepas…family NC seperti biasa akan sama² turun UiTM untuk meraikan saat² gemilang orang yang dah abih belajar nih..hehe..Congratz to Are-da!..

Serangkap pantun dari org yang teringin nak sambung study balik..haha
Ke Masjid India berjalan kaki…
Mencari kain untuk si buah hati
Bila aku nak sambung study lagi..
Suatu masa nanti…Itu pasti..(huhu
)
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: konvokesyen
Life is like a university…
Posted by artzli | Filed under konvo
Kelmarin kami warga NC wat rombongan ke UiTM, untuk sama² meraikan our new family Syeera yang baru je graduate ijazah dia dalam bidang grafik design. Dan dah menjadi satu tradisi dalam NC jika ada sesiapa dalam our family yang graduate kami akan sama² pegi meraikan dia. Kalau dulu time Kak Liza, Abg Razin, Zul…and now tiba giliran Syeera plak lah kan..maybe next time sapa plak pun insyaAllah kita akan raikan.
Tiap kali jejak kaki kat menara bersebelahan dewan Sri Budiman tu memang banyak memori akan recall balik dalam kepala aku. Alhamdulillah dapat gak aku merasa pakai jubah ngan topi bersegi tu..
lagi² bila dgr lagu UiTM di hatiku tu dimainkan sebelum amik scroll atas stage. Memang syahdu bila mengenangkan pahit maung suka duka time belajar kat situ..hehe..
To Syeera..tahniah aku ucapkan sebab akhirnya berjaya jugak menamatkan pengajian hang. Kalau ada rezeki nak sambung belajar lagi teruskan k.

dari kiri: Zul, Razin, Abbas, Syeera, Mass, Kak Dalina, Ada, Shufi…(hero cerita ni tiada dalam gambar)
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: konvo, uitm, university




