Salam Aidilfitri
Posted by artzli | Filed under art, event, kenangan, photo editing
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengujung blog ini, terutama kepada kawan-kawan dan pengunjung yang memberi respon kepada posting2 saya di sini..Kullu Am Wa Antum Bikhair..
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi seribu erti untuk kita semua.
Tags: Aidilfitri, Kad Raya
Hepi Abah’s Day!
Posted by artzli | Filed under art, family, inside, kenangan, konvo, photo editing
Salam..
Selamat Hari Abah, Ayah, Papa, Abi dan macam2 panggilan lagi utk semua Bapa di dunia ni, namun khususnya buat abah saya Masiri B. Suker dan bapa mertua saya Isa B. Hanif. ![]()
Sejak kecik x pernah sambut hari bapa ni..abah pun wat rileks2 jek..tapi biasanya kitorg adik beradik tetap wish gak kat abah. Isteri saya kata wajah saya ikut air muka abah saya..mungkin sebab tu kut kami jarang sependapat walau hakikatnya saya syg kat abah saya. Masa kecik2 dulu selalu kena rotan ngan abah, kadang2 benda kecik je pun abah dah marah bagai nak rak..kadang2 sampai biru badan kena belasah ngan rotan, dulu saya selalu bengang dan pelik nape abah macam selalu nak cari kesalahan saya…sampai ada satu masa arwah nenek yang datang bertandang kat umah pernah buang rotan yg abah guna tu sebab kesian kat saya.
Tapi bila fikir2 balik mmg saya patut pun kena camtu, abah asal org kg..cara dia dibesarkan untuk ajar anak2 mungkin dah begitu, lagipun sapa suruh masa tu saya nakal dan suka berkawan ngan budak2 nakal..sapa suruh pi mencuri kat kedai runcit depan rumah, curi buah kat kebun org, buat sepah kat surau pasal nak carik cicak wat umpan mancing, buli kawan2 perempuan adik saya dgn ajak diorg main action ala karate kid 2, inject ayam jiran ngan getah buah pelam, habiskan duit raya kat kedai game pekan Klang..byk lagilah sampai segan nak tulis kat sini..hehe..
Satu je ayat dari mak yang sampai ari ni buat saya terkesan sgt bila ingat apa yang saya dah buat..”Cubalah kau faham perasaaan abah kau Li..”..dan tiap kali hari raya saya peluk abah mesti saya tgk airmata abah jatuh menitis dan sbb tulah saya tau abah sayang sangat kat saya. Cahayamata pertama dia , anak sulong dia yang dia harapkan bagi contoh yang baik buat anak2 dia yang lain.
Terima kasih atas jasa abah memberi pendidikan dan pengajaran dari saya sebesar tapak tangan hingga saya keluar Universiti dan sehingga hari ini tak putus2 memberi sokongan kat anak2 dia. InsyaAllah kurang 60 hari lagi saya pula bakal menjadi ayah, dan saya harap dapat menjadi seorang bapa yang baik seperti abah… ![]()
InsyaAllah…
Tags: abah, ayah, happy fathers day, selamat hari bapa
update ~ Raihanah (♥ _♥ ) Ridzuan
Posted by artzli | Filed under art, event, family, kenangan, photo editing, wedding pictures
selepas sibuk dgn design2 proposal yg telah diserahkan baton nya utk diteruskan oleh sahabatku dan dah ada yg tanya ~ haruslah ku upload..hik hik..
*next~ sedang dalam pembikinan layout utk album kak Aisyah Janji Manismu.
http://artzlistudio.nasyeed.my
artzlistudio@gmail.com | azly@nasyeed.com
Lukisan Cahaya~
Posted by artzli | Filed under art, event, photo editing
Assalamualaikum…
Update~baru sampai di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu..
Penat drive tak hilang lagi sambil nak emptykan memory card Mr.Nikon..bg sikit tatapan buat kawan2~
http://artzlistudio.nasyeed.my
Tags: camera, dslr, lighting, lights, taman tamadun islam, terengganu
Aidiladha around de corner.. :)
Posted by artzli | Filed under art, event, photo editing
Hari Raya Korban ..just around de corner…di kesempatan ni aku nak wish selamat menyambut hari raya Aidiladha pada semua kwn2..terutama yang balik beraya kat belah2 pantai timur yang la ni tgh sibuk ngan banjir tu..berhati2 di jalanraya dan sambutlah aidiladha dengan betul jgn duk bantai lyn buat kuak lentang dlm air time org pi semayang raya k…marilah kita bersama insafi dan hayati makna sebenar hari kebesaran ni yang berpautan dgn kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail..
Gudbye Teruna dan Dara.. :p
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Heh..lama x update blog ni..biasa ar cuti2 Malaysia..huhu..
Alhamdulillah…thanx pada semua yang meraikan walimah aku tempoh hari, terutama buat sahabat2 dari Nasyeed.Com, sedara mara, kawan2 SMK Telok Gadong, UiTMers, kawan2 dari Balai Seni Lukis dan sapa2 yang x tersebut tu terima kasih banyak2 kerana turut hadir..terharu aku..dah gaya cam reunion lak aku tgk satu line panjang table tu penuh ngan kwn2 sekolah dulu..hehe..special thanx jugak pada Mr & Mrs Photog dari 1st Verse (Musab & Shana) atas kesabaran korg menembak wajah aku dan isteri yang sgt fotogedik ini..haha..dan tak lupa artis2 nasyid yang wat persembahan hari tu..abg2 Amrain, Wildan dan sahabat2 dari Moonshade..
Tarikh 31 Oktober aku selamat bergelar seorang suami
, tarikh tu juga merupakan hari lahir aku yang ke-25, dan yang lagi ironinya tu waktu aku bernikah juga lebih kurang waktu yang sama aku lahir iaitu kira2 jam 12 tghari…
Maka bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup aku lepas ni… Gudbye Teruna dan Dara!
* Jadinya aku postkan antara sorotan gambaq2 hasil karya 1st Verse bwat tatapan kwn2 yang x dapat mai walimah aku..

Dhia datang..dgn lenggang lenggoknyee..
Jom Nikah!
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Pejam celik rupanya tinggal lagi a few weeks je untuk aku meninggalkan zon bujang aku nih..owh men!! hehe…
Aku postkan design kad kahwin aku dan Gadisku ni..insyaAllah kalau tiada aral melintang pukang kad akan menyusul ke telapak tangan sahabat2 semua dalam minggu ni membawa ke minggu2 berikutnya..
Tags: wedding
Event ~ Wedding ~
Posted by artzli | Filed under photo editing, wedding pictures
Alhamdulillah..baru-baru ni Nasyeed.Com telah diberi kepercayaan oleh Dato’ Seri Ismail Shahudin untuk mengendalikan majlis perkahwinan anak beliau yang telah dilangsungkan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 26 Julai lepas.
Majlis dihadiri DYTM Raja Muda Perak Darul Redzuan ,Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah & Raja Puan Besar Perak Darul Redzuan ,Tuanku Zara Salim. Antara ahli kenamaan yang turut hadir ialah Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dan Tan Sri Rafidah Aziz. Aku memang biasa shoot untuk event/program yang ada VVIP ni tapi sangat jarang untuk majlis walimah begini. Sebelum hari kejadian sempat juga aku minta advice dari otai foto & Travian..hehe- http://www.sharizals.com (en.shah a.k.a Jaevn) yang sudi bagi aku tips2 shoot kat majlis yang agak berprotokol camtu..thanx bro.
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: wedding
* Artzli & Diya Akiera
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Sesi fotoshot pre wedding kami…
I know this girl since 9 years ago…dari seorang awek tomboy yang aku kenal dulu + rambut karat yang aku tak berapa berkenan dulu tu..hehe.. sampaila Diya yang aku kenal sekarang ni…finally we feel its time for another phase dalam our relationship. InsyaAllah a few month the day will come. Setakat ni preparation dah mula berjalan..family discussing pun dah bermula… pakaian fitting pun dah buat… dan insyaAllah beberapa lagi perkara akan menyusul untuk diselesaikan…
For now aku share sikitla antara pre wedding foto kami…
(to kmass..u dah boleh copy paste dis pic to ur blog ) ..hehe
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: couple, family, gambar kahwin, kenangan, wedding
NC de Futsal
Posted by artzli | Filed under Manchester United, photo editing, sahabat
Hehe..aku malas nak taip apa yang aku nak cerita..jadi silalah korang baca post berita dari website Nasyeed.Com ni, aku copy paste dari ruangan berita ( www.nasyeed.com )..yang diceriterakan oleh Bro Razin Mestica..
Pada 20 Jun 2009, IKIM.fm telah menganjur Kejohanan Futsal Bersama Penggiat Seni bertempat di Sport Planet Subang Jaya. Kejohanan ini telah disertai oleh 36 buah pasukan yang mewakili pelbagai pihak antaranya penggiat seni, badan korporat, NGO mahupun orang perseorangan. Antara artis yang turut sama mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah Hijjaz, Raihan, Brothers, NowSeeHeart, Mirwana, Mestica, In-Heart dan lain-lain. Nasyeed.Com turut menghantar wakil bagi memburu kejuaraan diketuai oleh Bro Razin Mestica.
Nasyeed.Com telah diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan KFC Holding, IRM 1 dan Aayatul Akhras. Dalam perlawanan pertama Nasyeed.Com telah mendapat tentangan sengit daripada KFC Holding sebelum menang 3-2. Namun pada perlawanan kedua Nasyeed.Com tumbang ditangan IRM 1 dengan jaringan 1-2. Dengan semangat juang yang tinggi Nasyeed.Com telah bangkit daripada kekalahan untuk membenam cabaran Aayatul Akhras 3-1 sekaligus layak ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan.
Dalam pusingan kalah mati, Nasyeed.Com bertemu dengan pasukan juara kumpulan C iaitu Al Furqan. Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan untuk menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa kedua. Perlawanan ini terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Nasyeed.Com berjaya menang dengan 2-0.
Setelah layak ke suku akhir, aksi Nasyeed.Com mula mendapat perhatian pencabar-pencabar lain. Kebijaksanaan Bro Artzli mengatur gerakan, kelincahan Bro Fitri dan Shafik di bahagian serangan, rembatan deras Bro Izzu dan kekentalan Bro Faris di gawang mula menjadi sebutan. Paling menggerunkan lawan ialah rembatan deras jarak jauh Bro Izzu yang seringkali memerangkap penjaga gol lawan.
Pada saingan suku akhir Nasyeed.Com berjaya mengetepikan cabaran Bank Rakyat Klang 2-0 sebelum menumpaskan Excel FC 4 dengan jaringan 1-0. Bagaimanapun faktor keletihan dan kecederaan memaksa Nasyeed.Com tunduk dalam saingan final kepada ISMA FC setelah bertarung sengit dengan aksi kejar mengejar gol dengan jaringan 3-4.
Syabas diucapkan kepada IKIM.fm sebagai penganjur dan semua peserta yang telah menyertai kejohanan kali ini. Semoga ianya akan terus dianjurkan pada masa-masa yang akan datang.





MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com















































