Terapi Ramadhan :)
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Mana milik kita..Tidak ada milik kita..Semua yang ada..Allah yang punya
Tidak ada kita punya..Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat..Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya..Bumi langit ciptaanNya…Miliklah apa saja..Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya…Tidak ada kepunyaan kita..Kita hanya mengusahakan..Apa yang telah ada
Mana milik kita…Tidak ada milik kita..Semua yang ada..Allah yang punya
Tidak ada kita punya..Kita hanya mengusahakan saja..Apa yang kita dapat..Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong..Memiliki Allah punya..Mengapa tidak malu..Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah..Yang memberi segalanya..Malulah kepada Allah..Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga…Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri..Kita tidak punya apa-apa..Janganlah mengungkit..Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya…Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur…Bukan berbangga..Bersyukur kepada Allah..Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu..Untuk khidmat kepadanya..Selepas itu lupakan saja…Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita…Tidak ada milik kita…Semua yang ada…Allah yang punya
Tidak ada kita punya…Kita hanya mengusahakan saja…Apa yang kita dapat…Allah sudah sediakannya…
Rabbani – Mana Milik Kita
* semua yang ada hanyalah pinjaman..keluarga, sahabat, teman, kekasih, dan segala yang ada di muka bumi ni…begitu juga diri kita dicipta sebagai pinjaman juga buat yang lain…
renung renung..tenung tenung…
mendung…
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Lost!..aku lost!..abang aku kata aku lost…aku akui..ye itu benar…
Time for comeback…aku mencari pelangi selepas hujan itu…
Belasungkawa Ustaz Asri (vokalis Rabbani)
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang baru kembali ke rahmatullah semalam. Kenangan bersama sama menjayakan pengambaran video klip lagu raya minggu lepas masih segar dalam ingatan. Tanpa diduga beliau pergi meninggalkan kita…Semoga Allah memilihnya menjadi ahli syurga.. arwah telah tiada namun seruan kebaikan dalam lagu akan kekal hingga akhir zaman..
Seni Digital ~ Vector!
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Salam…
Saja nak berkongsi cerita tentang salah satu artwork yang aku cukup minat bila cakap pasal apa yang software adobe illustrator ni leh wat- Seni Vektor! atau cakap omputihnye – Vector Art. Selain dari Ai. banyak lagi software lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan apa yang dipanggil vector ni ialah Freehand, Corel Draw, Flash dan lain² lagi. Ramai yang pernah tanya kat aku boleh ke vector dihasilkan guna photoshop?…heh..yang tu kita tak panggil vector ye syg..yang tu dipanggil Raster Art yang boleh dihasilkan dengan menggunakan filter yang ada mcm ‘cutout’ dan lain²…dan Raster image ni juga boleh dihasilkan menggunakan software seperti Painter, Fireworks, MS Paint, Gimp dan lain².
Dalam bahasa mudahnya Vektor ialah satu seni lukisan digital yang boleh diibaratkan seolah olah melukis di atas kanvas yang memerlukan kerja-kerja detail yang amat tinggi, dan kebiasaanya dalam penghasilan seni vektor akan mengambil masa sehingga berjam-jam lamanya. Ini terpulang kepada pengkarya tersebut yang mahu menentukan tahap mana detail artwork beliau.
Walaubagaimanapun tak dapat dinafikan atas permintaan pasaran kebanyakan software grafik skarang mula menyediakan vector tools @ raster tools bagi kemudahan pengguna. But once u all start using lasso tool, paint bucket @ any filters..then your artwork wont be called Vector Art.
Kat bawah ni aku uploadkan antara hasil kerja seni digital vektor aku yang tak seberapa yang aku hasilkan just for fun (2 years ago)…dan untuk pengetahuan mata aku naik sembab tak tido sebab melayan interprestasi jiwa aku yang syok dengan seni Vektor ni.
p/s: kalau aku ada tersalah info bolehla komen ye atau kongsikan untuk semua…peace!
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Iklan sat…
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Event handle by Nasyeed.Com
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Mula…
Posted by artzli | Filed under Uncategorized
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…akhirnya tergerak juga aku menulis sesuatu dalam blog ni. Sebenarnya dah lama aku nak start blogging ni..url nye pun dah lama dah buat..cuma masa dan keadaan je yang buat blog ni jadi kurang penting dari yang terpenting. As what yang aku mention dalam fotopages (http://artzli.fotopages.com)..blog ni akan jadi satu lagi medium baru untuk aku kongsikan bersama ekspresi jiwa seni yang alhamdulillah Allah ‘pinjamkan’ buat sementara ni..kalau sebelum ni dalam blog fotopages aku banyak kongsikan hasil seni dari lensa kamera.. InsyaAllah kali ini banyak lagi yang aku akan kongsikan untuk tatapan semua..:)
Akhir sekali terima kasih and welcome to kamu² yang sudi jengah sat blog aku ni..
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com




