Assalamualaikum… :)
Posted by artzli | Filed under family
Assalamualaikum…sayang..
Kelmarin akhirnya dapat jugak ayah tgk kamu, buat pertama kalinya kan..
, alhamdulillah kamu xde apa-apa.. Ibu kamu jatuh pagi tu..terduduk plak dia tepi katil…dia memang macam tu, lagi2 bila tengok ayah letih sgt dia kalau boleh nak turn off alarm phone tu jgn bg ayah bangun…alhamdulillah lepas jumpa doktor everything was fine..n alhamdulillah kesempatan yang sekejap tu dapat jugak ayah jumpa kamu setelah 3 bulan ayah tunggu.. ![]()
Take care there k…insyaAllah jumpa lagi kita nanti ..
Artzli Studio | NC Creative Ville
http://artzlistudio.nasyeed.my
Retreat..
Posted by artzli | Filed under kenangan
Baru2 ni berkesempatan ke Johor untuk hantar adik aku balik ke kolej jururawat dia kat Bandar Penawar, Johor tu. Jauhnye mmg stress gaklah drive nak sampai sana. Lama dah si che Am tu sambung study kat sana cuma baru kali ni aku ada chance nak ke sana..itupun sebab niat asalnya nak pergi beraya ke rumah pakcik aku kat Kluang.
Sampai je di Bandar Penawar terus terlintas nak singgah sat ke pantai Desaru yang famous tu..tapi dibantah sekeras2nya oleh abah yang kata tempat tu mmg tak best langsung..hehe..serik dah dia nak singgah situ. Kolej kediaman che Am terletak sangat berdekatan dgn Pantai Desaru tu..dia pun dah tak heran nak pegi tempat tu katanya..then kami ubah haluan menuju ke satu lagi lokasi lebih kurang 10km dari situ iaitu Pantai Tg.Balau. 1st impression aku mmg best tempat tu..nice!..pantai dan air pun jauh lebih cun dari pantai P.Dickson yang berkaler teh tarik kurang manis tu..hehe…namun hati ada sikit rasa sedih sbb aku tak bajet pun akan singgah ke destinasi camtu so aku pun tak standby la any shirt lebih utk aku terjun mencecah laut biru yang terbentang di depan mata..huhu…nak buat camner sejak dari kecil bagi aku antara tempat yang sgt peace ialah pantai…atau cakap jawanya beach!..hehe..aku ingat lagi dulu masa zaman aku sekolah rendah mesti aku merajuk abis kalau tiap kali balik kg kat kuala s’ngor tu abah tak singgah pantai remis kat situ..(15 tahun dulu sgt tak sama dgn pantai remis sekarang)..
..walaupun banyak pantai skang yang dah tercemar dgn mcm2 benda..dari tumpahan minyak, masalah sampah dan hakisan tanah…but still bagi aku thats the best place utk aku. Lagi2 bila dpt tgk lots of kebesaran ciptaan Allah yang ada dari pantai hingga ke tengah laut tu. Dari fenomena pasang surut air laut sehinggalah ke pertukaran masa dari siang ke malam yang menyaksikan satu dunia bersetuju dengan keindahan ‘permata senja’…
Lepas hantar che Am balik kolej, kami terus menghala pulang ke S’ngor dengan niat nak terus ke rumah Paklang yang buat open house malam tu, tapi bila dah dekat nak masuk ayer keroh tiba2 aku terigt janji2 dengan mak aku nak bawak dia jalan2 kat Melaka..terus je aku bagi signal keluar highway masuk ke Melaka…
Destinasi yang sempat kami tuju mula2 ialah ke Zoo Melaka, seingat aku kali terakhir family kitorg pegi zoo pun masa aku ngan Alin baru je 2 beradik (ending 5 org skang
) itupun aku tak igt zoo mana..hehe.. Lepas tu perjalanan diteruskan ke bandar Melaka, sambil niat nak turun jugak membeli belah tapi mengenangkan janji dan masa yang dah suntuk kami cuma sempat pusing2 satu bandar melaka tgk2 tempat tumpuan tourist sambil aku berlagak seolah2 pemandu pelancong yang sedang menerangkan kepada penumpang bas pelancongan aku mengenai tempat2 yang kitorg singgah tu..chait!..haha..
Almost 10.30p.m baru sampai umah Paklang, and most of lauk pun dah abis…sampai Paklang kena kuar beli tomyam untuk aku sbb masak lomak cili api yang maklang aku janjikan buat utk aku tu dah abis..huhu..
Tags: family
* Artzli & Diya Akiera
Posted by artzli | Filed under kenangan, photo editing, wedding pictures
Sesi fotoshot pre wedding kami…
I know this girl since 9 years ago…dari seorang awek tomboy yang aku kenal dulu + rambut karat yang aku tak berapa berkenan dulu tu..hehe.. sampaila Diya yang aku kenal sekarang ni…finally we feel its time for another phase dalam our relationship. InsyaAllah a few month the day will come. Setakat ni preparation dah mula berjalan..family discussing pun dah bermula… pakaian fitting pun dah buat… dan insyaAllah beberapa lagi perkara akan menyusul untuk diselesaikan…
For now aku share sikitla antara pre wedding foto kami…
(to kmass..u dah boleh copy paste dis pic to ur blog ) ..hehe
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: couple, family, gambar kahwin, kenangan, wedding
Selamat Hari Abah!
Posted by artzli | Filed under kenangan
Hari Bapa datang lagi…bagi aku sama pentingnya hari Abah ni dgn hari Mak..sbb kalau xde dua makhluk yang diciptakan Allah ni maka takkan wujud juga aku kat dunia ni. Sebagai anak sulong dalam family banyak kenangan aku dengan abah, dari kecik sampai la ni…dari zaman biru² badan kena sebat ngan rotan kengkadang hanger baju sebab zaman kecik² dulu kedegilan dan kenakalan aku yang tahap mega maksima tapi low profile tu tetap dapat di detect oleh abah..
. Masa zaman tu mmg aku tak faham kenapa la abah nak wrestling aku sebegitu rupa tapi bila dah besar ni ingat balik waktu² tu rasanya mmg patutlah kalau abah ikat aku kat pokok cermai belakang umah..hehe..
Kalau nak dikenangkan jasa dan pengorbanan abah dalam membesarkan aku mmg tak terbalas.. Harapan aku moga Allah panjangkan umur abah dan diberi kesempatan untuk aku balas semua pengorbanan dan impian dia selama ni..

Salah satu design aku yang pernah dimuatkan dalam online magazine – Sifoo.com
MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com
Tags: family
1 Cinta 2 Jiwa..
Posted by artzli | Filed under wedding pictures
Sedang dalam mood editing pic² majlis Nikah, Malam Berinai dan Persandingan Saudara Annas & Rose yang baru saja melangsungkan walimah mereka pada 06 Jun yang lepas. InsyaAllah aku akan uploadkan pic² sepanjang walimah kedua mempelai dalam post yang akan datang…

MUHAMMAD AZLI MASIRI
FOUNDER | COO NC CREATIVE VILLE
GRAPHIC DESIGNER | PHOTOGRAPHER
+6016 208 7086
Email: azly@nasyeed.com















